Wednesday, August 24, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Warga PMUS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, Selamat Pulang dan Selamat Menyambut Hari Lebaran kepada semua umat Islam di dunia dan khussnya warga UniSZA. Moga pertingkatkan lagi amalan :)





Saturday, August 20, 2011

The Power of Bismillah





Kehebatan Bismillah ketika ingin menyembelih kambing. Seorang Mat Salleh yang beragama Islam menunjukkan demo menyembelih kambing dengan lafaz agung bismillah. Mari Saksikan bersama-sama :D

Friday, August 5, 2011

Salam Ramadhan

Dalam kesempatan yang ada ni, ahli-ahli PMUS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua warga UniSZA. :D







Sunday, July 24, 2011

Konsert Amal

InsyaAllah, konsert amal akan diadakan yang terdiri daripada para penasyid tempatan yang terkenal bersama lagu hitsnya :
  • Aiman - Duata Berkala
  • Far East - Lafaz Sakinah
  • Saujana - Patah Hati
Konsert ini adalah anjuran pihak UNISZA, KELAB AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN UNISZA dan MPP UNISZA. Konsert ini akan berlangsung pada 29 JULAI jam 9.00 malam. Pastikan para hadirin semua solat Isyak terlebih dahulu. Program ini berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Syah (DABS)

Untuk maklumat lebih lanjut tentang bayaran tiket boleh hubungi Amir Izzat. RM0.50 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim negeri Terengganu

klik gambar ini untuk besarkan
 

Forum Ambang Ramadhan 1432H

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang Kuala Terengganu akan mengadakan program forum ambang Ramadhan bertarikh 27 Julai (Rabu). Forum ini bertajuk Puasa Sebagai Penawar Rohani Dan Jasmani yang mana terdiri dua ahli panel iaitu: 
  1. Y.Brs. Ustaz Ahmad Tirmizi bin Taha
    Pensyarah
    Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA
  2. Y.Brs. Dr. Salman bin Amirudin
    Pensyarah
    Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UniSZA
 Para Pelajar Usuluddin semua dijemput hadir menjayakan program ini di Masjid al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu. Bersama Memartabatkan Usuluddin!

Monday, July 18, 2011

Program Sentuhan Rohani Ihya' Ramadhan

TQHM Consultant, Islamic Leadership Training akan menganjurkan satu program sempena menghidupkan Ramadhan Al-Mubarak dengan kerjasama EXCO Dakwah PMUS (Persatuan Mahasiswa Usuluddin UniSZA), iaitu Program Sentuhan Rohani Ihya' Ramadhan. Pihak penganjur menawarkan kepada para mahasiswa yang berminat untuk menjadi fasilatator bagi melicinkan program tersebut. Peserta bagi program tersebut terbuka kepada kanak-kanak berumur 10-18 tahun. Program ini bakal memberikan pengisian bermanfaat dan terbaik untuk melahirkan watak Anak Soleh Pelajar Cemerlang Menjana Ummah Terbilang

Butir-butir program :
  • Tarikh : 19 Ogos & 20 Ogos (2hari)
  • Tempat : Kem Telaga Batin (berdekatan dengan lapangan terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Objektif program tersebut ialah :
  1. Melahirkan modal insan yang seimbang dari lahiriah dan rohaniah yang berguna buat agama, bangsa dan negara.
  2. Melahirkankan para pelajar yang mempunyai motivasi dan jatidiri yang tinggi. 
  3. Memperkayakan para peserta didik dengan ilmu-ilmu kerohanian dan ilmu ilmu umum
  4. Melahirkan rasa cinta dengan al Quran dan sunnah Rasulullah saw. 
  5. Melahirkan generasi yang muttaqim dan mendidik anak menjadi anak yang soleh, penawar hati buat ibu dan ayah 
  6. Melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan ibadah harian dengan betul khususnya solat serta puasa dan masalah agama yang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut, sila ke LAMAN WEB rasmi TQHM Consultant.
Kepada ahli PMUS yang berminat untuk menyertai program fasilatator ini, sila tinggalkan pesanan di sini

Bersama Memartabatkan Usuluddin!

Friday, May 27, 2011

Zahir atau Batin?

Assalamualaikum... melihat tajuk entri kali ini mungkin ia meningatkan kita pada adegen filem Nujum Pak Belalang. Bagi penulis tajuk kali ini digarap sebegitu rupa memandangkan ramai di kalangan masyarakat yang tertanya-tanya "dimana sebenarnya tempat pandangan Allah?.." pada penampilannya ka? atau hatinya ka?"

jika disentuh persoalan ini, teringat saya kepada guru yang dulu pernah menggunakan pendekatan analogi dalam menerangkan perkara tersebut. katanya, "jika kamu mahu membeli sebiji limau, apa yang kamu pentingkan?" kami menjawab "isinya". lantas guru bertanya.. "adakah kamu akan membeli limau yang rosak kulitnya?" kami jawab "tidak". lantas guru berkata. "kamu semua munafik! tadi kamu katakan pada sebiji limau kamu melihat isinya! sekarang lihat! jawapan kamu sudah berbeza. kamu tidak membeli sebiji limau kerana kamu melihat kulitnya yang rosak! " lantas kami menjawab. "kulit juga penting!.." dan guru bertanya " habis katakan kepada ku, mana yang penting bagi kamu ketika membeli sebiji limau?" dan serentak kami menjawab: "isi dan kulit" dan guru pun mengukir senyuman.. dan hati saya masih merasa ragu, adakah kami terperangkap dengan hujah kami dan kebijaksanaan guru? dan guru menyambung: "jadi khabarkan kepada ku, antara keduanya, mana yang lebih penting?" kami menjawab "yang lebih penting ialah isi kerana isi limau lah yang kami makan." "habis tu bagaimana dengan kulitnya?" kami menjawab "kulitnya penting untuk memastikan isi yang kami makan itu manis" dan guru mengangguk-angguk...

maka guru menyambung... "iye.. benar.. seharusnya kulit yang baik menghasilkan isi yang baik.. lihat saja buah durian. kerana kulitnya yang kuat dan berduri, isinya cukup manis dan harum. sembarangan musuh tidak mampu merosakkan isinya." kami mengangguk.. setuju.

kemudian guru menyambung "namun ada saja yang nampak cantik kulitnya, bila dibuka, alahai rosak isinya. ini kerana ada anasir musuh yang merosakkan isinya. cantik di luar, buruk di dalam. sememangnya jenis yang sebegini kita tidak mahu.. malah jika terbeli, maka pasti akan disumpah seranah oleh pembelinya.. betulkan begitu?..." tanya guru dan kami pun mengangguk.

kemudian tambah guru lagi" dan seharusnya jika kulitnya rosak, ia akan menghasilkan isi yang rosak juga.. masakan buah yang kelihatan buruk dari luar kerana sudah busuk memiliki isi yang manis dan harum? sesekali tidak... maka kita lempar buah yang buruk itu ke tong sampah. dan esoknya dimakan oleh binatang berkeliaran dan burung yang berterbangan.."

begitulah penerangan guru tentang sebiji buah yang memberi makna yang cukup mendalam dalam diri kami..

kemudian guru menambah.. "ia saling tak tumpah seperti ibadah solat. seharusnya solat itu melahirkan gerun yang mendalam kepada Allah. sehinggakan melahirkan hamba yang begitu gentar dengan larangan Allah. dan menghasilkan hamba yang begitu akur dengan suruhanNya. lantas solat itu sendiri berupaya mencegah perbuatan keji dan mungkar. itulah solat yang dilakukan oleh anggota lahir dan memberi kesan yang cukup positif pada anggota batin. inilah yang dikatakan cantik di luar dan cantik di dalam.." ujar guru.

tambah guru lagi.. "malah ada juga yang mendirikan solat. namun solatnya tidak mampu melahirkan rasa apa-apa. solatnya tawar sungguh-sungguh... tidak bertambah gerunnya kepada Pencipta, tidak bertambah akurnya. solat sebegini tidak berupaya mencegah perbuatan keji dan mungkar..maka tidak hairan, jika hari ini kita melihat, kalau ada yang bersolat tapi pada masa yang sama dia melakukan maksiat.. kerana solatnya hanya sekadar solat dan ia tidak disertai dengan penghayatan.. solatnya yang dilakukan oleh anggota zahir, tidak memberi kesan pada anggota batin. ini dikatakan cantik diluar dan buruk di dalam."

dan satu jenis lagi kata guru: " ada golongan yang langsung tak solat.. langsung tidak ada perasaan gerun dan akur pada Allah. maka ia akan melahirkan manusia yang sentiasa bergelumang dosa.. sentiasa melakukan perbuatan keji dan mungkar.. jenis ini pula, buruk di luar dan buruk di dalam... yang jenis ni, memang sungguh-sungguh kita tak nak!" jelas guru..

kami mulai faham.. kami perlu baik dari sudut ibadahnya, tauhidnya, akhlaknya untuk melahirkan hati yang baik. ini adalah proses yang berturutan dalam diri. ye.. seperti buah tadi.. tidak mungkin manis isinya kalau kulitnya buruk dan dimakan ulat!

dan aku amat sedih bila mendengar seseorang berkata: "yang penting hati. Allahkan lihat pada hati.." sedangkan yang bercakap itu tidak bersembahyang.. tidak berpuasa.. tidak berzakat dan sentiasa bergelumang dalam dosa...

marilah kita insafi diri kita dan mendekatkan diri kepadaNya.. semoga kita termasuk dalam golongan yang 'cantik kulitnya jua harum isinya'... amin.