Wednesday, May 23, 2012

ASALKAN "BERDAKWAH"

Seorang pelajar lepasan spm diberi PELUANG utk menuntut ilmu di TINGKATAN 6, MATRIK, UNIVERSITI. Dia diberi KEBEBASAN utk memilih  mana2 yg terbaik baginya. Asalkan dia terus menuntut ilmu bertepatan dgn sabda Rasulullah

طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة

Menuntut Ilmu itu Wajib bagi Setiap Muslim dan Muslimah

Begitu juga dgn urusan D.A.K.W.A.H~

Seseorang diberi PELUANG berdakwah melalui percakapan, perbuatan, penulisan, badan2 dakwah @ ngo, persatuan, edarkan risalah, teknologi terkini (facebook,twitter,ym,skype,friendster,blog dll). Dia diberi KEBEBASAN utk memilih mana2 yg mampu baginya, yg mudah baginya, yg lebih diminatinya.

- Kadang2 ada yg gugup melalui percakapan, krn tidak mampu mengawal emosi di khalayak ramai.
- Kadang2 ada yg tiada idea utk menulis jika melalui penulisan.
- Kadang2 ada yg tidak mampu melaksanakan program melalui persatuan, badan2 dakwah @ ngo.
- Kadang2 susah pula nak bekerjasama dgn kelompok jika tidak ada kerjasama.
- Kadang2 ada yg rasa lebih mudah melalui teknologi terkini.
- Kadang2 ada pula tidak mampu dan mengambil pendekatan menyahut seruan dakwah yg dianjurkan oleh mana2 ngo,persatuan dll.

Mungkin juga seseorang lebih cenderung kpd dakwah individu iaitu dakwah FARDIAH, krn baginya mungkin lebih mudah dr mengambil dakwah JAMI’AH. ianya TIDAK PERNAH SALAH di sisi syarak krn ini adalah jenis dan cabang dakwah. Kami Persatuan Mahasiswa Usuluddin mengambil langkah berdakwah secara JAMI'AH. Apapun terpulang kpd seseorang itu memilih jalan dakwah yg terbaik baginya. Asalkan dia menepati saranan islam iaitu


ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُْ


“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” (( 6/125)

Di mana ayat menunjukkan dakwah itu WAJIB?? Melalui kaedah USUL FIQH dilihat pada adanya Feel Amar(فعل الأمر)  yg menunjukkan WAJIB. Ayat  ادْعُ  adalah Feel Amar (فعل الأمر)  yg menunjukkan DAKWAH itu WAJIB.

P/s : Dakwah itu PERLU. Dakwah itu WAJIB. Dakwah itu LUAS. Pilihlah mengikut KEMAMPUAN, KESELESAAN, KECENDERUNGAN, KELEBIHAN diri masing2. yg penting anda LAKUKAN sekadar yg termampu! SAHUTLAH seruan dakwah melalui aktiviti yg dianjurkan Persatuan Mahasiswa Usuluddin (PMUS) @ badan2 dakwah yg lain jika itu sahaja yg termampu! Moga kita semua tergolong dlm MENGANJURKAN program Dakwah @ MENYAHUT seruan dakwah! Ameen~

~Moga ini juga tergolong sebagai hasil penulisan dakwah~

Salam Dakwah,

Maisarah binti Zainol Abidin
Bendahari II
Persatuan Mahasiswa Usuluddin
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu, Terengganu.

1 comment:

  1. Bulbul Resorts offers three magnificent banquet halls at Mathura Road which are ideal for hosting various family and official events.t

    ReplyDelete